Tuesday, 17 September 2013

Kelas Tafsir dan Fardhu Ain Wanita

Kelas tafsir dan fardhu ain bimbingan ustazah Fatimah akan bermula pada 19hb September (Khamis) jam 2.30 petang di dewan surau. Semua muslimat dijemput hadir. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Hajjah Noraini Hashim, ketua Biro Wanita.

Saturday, 14 September 2013

Kuliah Sirah Rasulullah Bersama Ustaz Zulhelmi

Kuliah sirah Rasulullah bimbingan ustaz Zulhelmi malam kelmarin telah membincangkan mengenai Rasulullah yang menyendiri (berkhalwat) ke gua hera' sebelum tiba saat diturunkan wahyu. Sesungguhnya setiap orang yang ingin melakukan aktiviti dakwah perlu menyendiri untuk muhasabah diri. Mungkin pada masa ini sudah tidak ada lagi gua untuk kita pergi berkhalwat. Ini boleh digantikan dengan cara kita pergi beriktikaf ke masjid yang tidak ada orang yang mengenali kita. Duduklah di situ sepanjang hari sambil bermuhasabah melihat diri kita sendiri, mengimbas kembali dosa-dosa yang telah kita lakukan, sentiasa menyedari bahawa Allah s.w.t sedang memerhatikan kita.


Thursday, 11 April 2013

Kuliah Bulanan


kuliah bulanan.......selepas solat maghrib
 

Tarikh: 11/4/2013
Tempat : surau al-kausar

Jalan Belibis, Taman Perling
Johor Bahru

Penceramah : Ustaz Ahmad Puhad (UTM)
Tajuk : Islam, Iman, dan Amal

Makanan Disediakan ..............Jangan Risau
Sekalian rakyat dijemput hadir